Daripada Abu Sa'id Al-Khudri r.a, bahawa Nabi S.A.W bersabda:
" Barang siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah akan menyinarinya dengan cahaya di antara dua jumaat. "
(Riwayat Al-Hakim dan Baihaqi)
Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a.:
" Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat maka cahaya akan menerangi untuknya dari bawah tapak kakinya hingga ke langit dan menerangi untuknya pada hari kiamat serta diampunkan untuknya di antara dua Jumaat. "
(Dinukilkan oleh Al-Munziri dalam AlTaghrib Wa Tarhib)
2. Penyelamat daripada fitnah Dajjal
Daripada Abu Darda' r.a., bahawa Nabi S.A.W. bersabda:
" Barang siapa yang menghafal 10 ayat pertama daripada surah Al-Kahfi, nescaya dia akan terlindung daripada (fitnah) Dajjal. "
Dan dalam riwayat lain disebutkan:
" 10 ayat terakhir daripada surah Al-Kahfi. "
(Riwayat Imam Muslim, Ahmad, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan Baihaqi)
* Sumber: Surah pilihan & doa harian oleh Lembaga Zakat Selangor
No comments:
Post a Comment