1. Berdoa dalam keadaan berwuduk
2. Menghadap ke arah kiblat
3. Mengangkat kedua-dua belah tangan semasa berdoa.
4. Memulakan dengan pujian kepada Allah, diikuti dengan selawat ke atas Nabi S.A.W.
5. Tidak berdoa di tempat maksiat
6. Merendahkan suara
7. Menggunakan ayat yang ringkas tapi padat dengan makna.
8. Tidak bersajak dalam berdoa.
9. Berdoa kepada Allah S.W.T. dengan nama-nama-Nya yang mulia.
10. Berdoa dengan ikhlas kerana Allah.
11. Berdoa dengan khusyuk dan rendah diri.
12. Sentiasa berdoa pada setiap masa, sama ada ketika senang atau susah.
13. Tidak berdoa tentang perkara keburukan, seperti mendoakan kecelakaan bagi orang lain dan memutuskan silaturrahim.
14. Makanan dan minuman mestilah dari sumber yang halal.
15. Bersungguh-sungguh dan menghadirkan hati ketika berdoa.
16. Hendaklah melakukan amar maaruf nahi mungkar.
18. Bersikap tetap dan yakin dalam doanya.
19. Kukuhkan keyakinan bahawa doa kita akan diperkenankan oleh Allah dan tidak merasa gelisah jika doa itu belum terkabul.
20. Akhiri doa dengan memohon keselamatan hidup di dunia dan akhirat, diikuti selawat ke atas Rasulullah S.A.W dan memuji Allah S.W.T.
Sumber: SurahPilihan & Doa Harian (Lembaga Zakat Selangor)
No comments:
Post a Comment