Monday, 31 October 2016

ADAB TERHADAP IBU BAPA



Pengorbanan ibu bapa melahirkan, mengasuh, membimbing dan membesarkan anak-anak tidak boleh dipertikaikan lagi. Tiada ganjaran wang ringgit dan harta benda yang dapat membalas pengorbanan mereka yang sedemikian besar terhadap abak-anak.



Justeru, sebagai menghormati ibu bapa dan juga orang lain yang ada hubungan dengan mereka seperti datuk, nenek, bapa saudara, sanak saudara lain yang banyak berjasa kepada kita, maka kita dianjurkan supaya sentiasa berbakti dan menyumbangkan bantuan kepada mereka. Tidak kiralah sumbangan itu sama ada berupa wang ringgit, tenaga dan sebagainya lebih-lebih lagi apabila mereka berada dalam kesempitan hidup.

DIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Anak-anak dianjurkan semenjak dari kecil lagi mencium tangan ibu bapa dan orang tua setiap kali bertemu.

Bertutur di hadapan mereka dengan kata-kata yang lemah lembut dan penuh rasa hormat.

Sering merujuk dan meminta nasihat mereka dalam menangani masalah-masalah kehidupan ini.

Anak-anak dianjurkan selalu menziarahi mereka khususnya ketika mereka uzur dan sebagainya.



Rasulullah S.A.W. pernah bersabda menerusi hadis riwayat al-Tarmizi daripada Anas bin Malik r.a. bermaksud:

"Tidaklah seorang pemuda membiarkan (tanpa pembelaan) seorang tua kerana usianya, kecuali Allah mentakdirkan baginya seorang yang akan memuliakannya pada usia lanjutnya."



Petikan: Indahnya Hidup Bersyariat - Modul Fardu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat sepanjang Hayat (muka surat 34).

No comments:

Post a Comment